Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Berisiko Hilang Keistimewaan Jika Berterusan Langgar Peraturan Visa

today15 May 2024

Background


Malaysia berisiko kehilangan keistimewaan sekiranya ada dalam kalangan rakyat Malaysia berterusan melanggar undang-undang dan peraturan Arab Saudi termasuk menyalahgunakan visa pelancong untuk menunaikan ibadah haji lapor Bernama.

Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata sekiranya ditangkap kerana melakukan perbuatan itu (menyalahgunakan visa pelancongan), ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi oleh negara berkenaan.

“Kita nasihatkan mereka untuk tidak melanggar peraturan Arab Saudi serta peraturan Malaysia kerana apabila ditangkap ia akan menyebabkan nama dan imej negara kita terjejas.

”Kita perlu memahami bahawa Malaysia selalunya diberi keutamaan, diberi kemudahan dan keistimewaan oleh Arab Saudi dalam pelbagai situasi termasuk dari segi visa pelancongan, visa visa umrah dan visa haji,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini malam tadi.

Beliau yang juga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post