Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Berpotensi Dilanda Ancaman Gempa Bumi Kuat, Sabah Alami Lebih Kerap

today19 December 2024

Background


Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu Sabah mempunyai garis aktif yang menyebabkan negeri berkenaan lebih kerap mengalami gempa bumi.

“Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif menyebabkan negeri ini lebih kerap mengalami gempa bumi dengan skala yang lemah kecuali satu skala yang kuat dengan magnitud 6.0 berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 lalu,” katanya.

Tambahnya, potensi ancaman gempa bumi kepada Malaysia khususnya di Sabah susulan dua hari berturut-turut negeri itu dilaporkan mengalami gempa bumi, minggu ini.

Pada Isnin lalu, Berita Harian turut melaporkan gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau pada 2.56 petang.

Kelmarin, gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter juga dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi.

Mohd Hisham berkata gempa bumi pada 5 Jun 2015 menyebabkan kerosakan struktur sekitar Ranau dan kehilangan nyawa pendaki dan malim gunung.

Dalam pada itu, katanya, METMalaysia sentiasa memantau dengan rapi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Mutu pengadilan JDT-Sri Pahang amat baik

Kuala Lumpur: Pengadil dan pengadil VAR menunjukkan prestasi amat baik ketika perlawanan Liga Super antara Sri Pahang FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa lalu.

today19 December 2024