Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia bersedia terima pelancong Singapura

today27 October 2021

Background


SUBANG JAYA – Malaysia sudah  bersedia  menerima kehadiran pelancong dari Singapura, kata  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, sebagai permulaan langkah rentas sempadan antara kedua-dua negara ini, mungkin  hanya dibenarkan buat mereka yang menggunakan pengangkutan udara.

Menurutnya, perbincangan telah dimulakan dengan negara jiran  untuk membenarkan pergerakan rentas sempadan bagi golongan yang sudah lengkap divaksin.

“Ini hanya cadangan dan belum diluluskan, tetapi antara yang dibincangkan ialah hanya menerima pelancong yang menggunakan pengangkutan udara kerana prosedur operasi standard (SOP) untuknya sudah ada.

“Kedua -dua belah pihak secara prinsipnya sudah pun bersetuju, cuma hanya memperhalusi cadangan tersebut. Kami mahu buka sempadan seawal yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Sunway Lagoon, di sini  bersempena pelancaran Kempen Petron Jom Jalan Jalan bersama Tourism…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Pasaran perlukan maklumat tepat mengenai alternatif produk bebas rokok

PETALING JAYA – Kekeliruan dan salah faham tentang informasi termasuk maklumat palsu mengenai wujudnya alternatif mengenai produk bebas rokok di pasaran telah menyebabkan ramai orang terus merokok. Firma penyelidikan bebas, Povaddo dalam satu kaji selidik untuk Philip Morris International Inc. (PMI) mendapati,  masih ramai perokok dewasa tidak memiliki akses tepat mengenai produk bebas rokok selain maklumat yang mengelirukan disebarkan oleh kumpulan-kumpulan yang mendapat penajaan pihak tertentu. Naib Presiden Kanan, Hal […]

today27 October 2021