
Malaysia meraih kemenangan penting pada aksi pembukaan Piala ASEAN FIFA 2026 selepas menundukkan Bangladesh 3-0 di Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe meletakkan trio baharu iaitu Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Bradd Tapp di kesebelasan utama yang turut dibarisi Haziq Nadzli, Dion Cools, La’vere Corbin-Ong, Quentin Chen, Stuart Wilkin, Nooa Laine, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.
Permulaan Baik Buat Malaysia
Barisan terkuat itu membolehkan kem negara menguasai sebahagian besar permainan dan mereka hampir membuka tirai jaringan seawal minit keempat.

Bagaimanapun, percubaan dari luar kawasan penalti oleh Faisal Halim berjaya ditepis keluar penjaga gol Bangladesh, Mehedi Hasan Srabon.
Gol pembukaan skuad negara hadir pada minit ke-18 selepas Arif Aiman yang menerima hantaran jauh cantik dari Nooa Laine dengan tenang menolak masuk bola untuk meletakkan Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: