PETALING JAYA – Malaysia telah berjaya menarik pelaburan yang diluluskan bernilai RM132.6 bilion (AS28.4 bilion) dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan juga sektor utama dari bulan Januari hingga Jun tahun ini.
Nilai pelaburan tersebut melibatkan sebanyak 2,651 projek dan dijangka menawarkan sehingga 51,853 peluang pekerjaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, disebalik berdepan dengan cabaran daripada permintaan global yang lembap dan persekitaran kadar faedah yang tinggi dalam pasaran tempatan tetapi Malaysia masih berjaya menguruskan pelaburan dan menarik pelaburan baharu dalam separuh pertama tahun ini.

“Saya gembira dengan pencapaian pada separuh pertama tahun 2023 dengan menjana sebanyak RM132.6 bilion mewakili 60.3 peratus daripada sasaran tahun sebelum ini. Pencapaian ini hampir mencerminkan purata 10 tahun kami iaitu RM222.6 bilion ini adala melalui usaha kami yang konsisten untuk menarik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
