Site icon Kool FM

Malaysia, China setuju laksana pelan kerjasama lima tahun


SHAH ALAM – Malaysia dan China telah bersetuju untuk melaksanakan pusingan kedua Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Katanya, program berkenaan dijangka ditandatangani sempena lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Qiang ke negara ini bermula 18 hingga 20 Jun 2024, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Jelasnya, inisiatif berkenaan bakal mengeratkan lagi hubungan sesama industri di kedua-dua negara dalam sektor utama seperti pembuatan peringkat tinggi, ekonomi digital, robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat pemula, serta penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian serta industri utama. 

“Dua Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan ke kerajaan dijangka ditandatangani dalam lawatan berkenaan, termasuk MoU Pengukuhan Kerjasama Pelaburan Digital dan MoU Menggalakkan Kerjasama Pelaburan dalam Pembangunan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version