Kontinjen Malaysia akan diwakili seramai enam atlet dan empat pegawai bagi upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris yang akan berlangsung pada awal pagi Sabtu.
Perkara ini dimaklumkan oleh ketua kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin dimana barisan atlet negara bakal dipimpin oleh dua pembawa Jalur Gemilang iaitu penerjun Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif.
Baca Juga:
Menurut laporan Sinar Harian, atlet lain yang bakal mewakili negara dalam upacara perasmian nanti ialah Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang).
Kontinjen Malaysia turut disertai oleh Hamidin, timbalannya Datuk Nicol David, ketua perubatan kontinjen Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan Ang Li Pei (pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia).
Majlis perasmian Sukan Olimpik Paris edisi 2024 dijadualkan bermula pada jam 7.30 malam esok (1.30 pagi Sabtu di Malaysia) dengan atlet akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
