Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan, Tewas Kepada Thailand 1-3

today5 November 2024

Background
Futsal ASEAN 2024


Peluang buat Malaysia untuk ke separuh akhir Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 sudah pun tertutup rapat selepas tewas kepada Thailand 1-3 pada aksi ketiga kumpulan A yang berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima sebentar tadi.

Skrip yang sama seperti pertemuan menentang Vietnam berlaku pada perlawanan ini kerana penyudah tumpul menggagalkan usaha skuad negara walaupun mencipta begitu banyak peluang ke kubu lawan.

Penjaga gol Thailand, Prasansat Jaroenpong memperagakan aksi terbaik dalam menafikan percubaan demi percubaan dijelmakan pemain Malaysia terutamanya menerusi Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dan Faris Johan.

Aksi menarik dengan intensiti tinggi serta corak permainan pantas dipamerkan kedua-dua pasukan nyata menghiburkan lebih 2,000 penonton yang membanjiri Terminal 21.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-11 apabila percubaan ‘placing’ daripada Attiphong Munphlai ketika situasi sepakan ke dalam berjaya menewaskan penjaga gol,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post