Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seramai 24 pemain bakal dipanggil ke kem latihan pusat untuk menyarung jersi negara dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bermula pada bulan Disember ini.
Keputusan itu telah dicapai dalam Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Eksekutif FAM Bagi Penggal 2021-2025 Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam.
Jumlah maksimum yang dibenarkan oleh AFF ialah 30 orang pemain namun hanya 18 orang akan berada dalam senarai akhir. Senarai 24 pemain Malaysia yang dipilih ini akan diumumkan sendiri oleh Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dalam sidang akhbar nanti.
Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya hanya mempunyai tempoh yang singkat untuk membuat persiapan rapi sebelum berangkat ke Singapura pada 3 Disember 2021. Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan mengumpul pemain selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
