Skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) muncul juara Kumpulan C Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 apabila mengikat Thailand 1-1 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya hari ini.
Ketika perlawanan tersebut, Thailand terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal minit ke 4 menerusi rembatan Caelan Ryan selepas menghukum kelekaan benteng pertahanan Malaysia.
Baca Juga:
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun ia tidak mematahkan semangat skuad muda negara untuk bangkit mengandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula.
Usaha itu membuahkan hasil apabila Malaysia memperoleh jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh G.Pavithran selepas 3 minit separuh masa kedua bermula.
Thailand berusaha mencari jaringan kedua namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Malaysia yang beraksi dengan lebih berdisiplin.
Malah, tiang dan palang gol turut menjadi penyelamat negara apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: