Site icon Kool FM

‘Malaysia Kan Ada’, Netizen Balas Komen Wanita AS Persoal Mana Negara Islam Dalam Ranking Negara Paling Aman


Tindakan seorang wanita Amerika Syarikat memperlekehkan di mana negara Muslim dalam kalangan ranking 10 negara paling aman telah memakan dirinya.

Laman statistik The Specatator Index menyenaraikan 10 negara paling aman di dunia pada 2024 berdasarkan kajian oleh Global Peace Index.

Dan ini rankingnya:

1. Iceland
2. Ireland
3. Austria
4. New Zealand
5. Singapore
6. Switzerland
7. Portugal
8. Denmark
9. Slovenia
10.Malaysia

Di ruangan komen seorang wanita dari negara Amerika Syarikat mempersoalkan: “Saya tertanya tanya, di mana kita semua, dan di mana negara Muslim dalam senarai itu.”

Komen itu mengundang respon sinis daripada netizen terutamanya dari Malaysia. Mereka jelas sekali mengingatkan wantia itu bahawa ada Malaysia dalam senarai tersebut yang merupakan negara Muslim berdasarkan penduduk majoriti Muslim dan Islam sebagai agama rasmi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version