Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Ke Final Acara Regu Berpasukan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025

today18 May 2025

Background


Malaysia menepati sasaran mara ke final acara berpasukan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun meletakkan harapan buat Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan pengumpan, Amirul Zazwan Amir tidak terlalu berdepan masalah untuk menghadiahkan mata pertama buat skuad negara.

Trio yang cukup berpengalaman itu mudah menundukkan Wahengbam Henary Singh selaku tekong, Bobby Kumar (perejam) dan Ram Kumar Sharma (pengumpan) dengan kemenangan ‘straight set’ 15-8, 15-6.

Regu Berpasukan
Kredit Foto: PSM

Regu kedua pula menyaksikan Haziq Hairul Nizam (tekong), Noraizat Nordin (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) diberikan tentangan oleh Arun (tekong), Yumnam Akash (perejam) dan pengumpan, Sorokhaibam Malemnganba Singh.

Namun, ia tidak merentap semangat juang trio negara untuk mengesahkan kemaraan ke pentas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

7,000 lari bersama Keluang Man

Kuala Lumpur: Kira-kira 7,000 peserta menyertai acara larian Keluang Man Wonda Fun Run bertemakan adiwira tempatan yang pertama seumpamanya di Malaysia di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today18 May 2025