
SHAH ALAM – Pelaburan baharu bernilai RM95 juta oleh Koerber Technologies Sdn. Bhd. dilihat mampu memperkukuh kedudukan Malaysia, khususnya Shah Alam, sebagai hab kejuruteraan dan pembuatan teknologi tinggi bagi pasaran Asia.
Pelaburan strategik oleh anak syarikat kumpulan teknologi global dari Jerman, Koerber itu melibatkan pembinaan fasiliti baharu seluas 12,000 meter persegi di koridor perindustrian Hicom yang dijadual siap pada suku keempat tahun ini.
Kemudahan tersebut dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama 2027 dan bakal menggandakan kapasiti pengeluaran syarikat bagi memenuhi permintaan pasaran serantau yang semakin berkembang.
Selain itu, pembesaran fasiliti berkenaan turut dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi secara berperingkat dalam bidang teknikal, komersial serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Pengarah Urusan Operasinya, Heiko Ziesmann berkata, langkah itu mencerminkan keyakinan jangka panjang syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
