
Malaysia digesa agar memanfaatkan sepenuhnya peluang penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan, meskipun kawalan pengurusan bagi acara berprestij itu terhad.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, menyatakan bahawa kepulangan perlumbaan Formula Satu (F1) ke negara ini selepas sembilan tahun tetap membawa impak positif yang signifikan, terutamanya dari sudut pendedahan di peringkat global.
“Bagi saya dari segi pendedahan untuk negara memang kita akan dapat banyak pendedahan. Pertamanya, selepas sembilan tahun F1 kembali ke Malaysia, jadi ia menarik banyak minat seluruh dunia terhadap Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa keupayaan tempatan untuk mengoptimumkan penganjuran sepanjang tiga hari perlumbaan tersebut agak terbatas berikutan beberapa elemen pengurusan di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: