Site icon Kool FM

Malaysia Kini Duduki Tempat Ke-5 Negara Terpaling Buli Siber Di Dunia


Tentera bawang merupakan satu gelaran istimewa buat keyboard warrior di Malaysia. Sudah banyak kali menjadi sensasi di mata dunia apabila berjaya membuat individu berpengaruh koyak menerusinya.

Memetik Harian Metro, Malaysia menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber.

Keputusan itu adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.

Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.

Pada November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.

Antara kes terbaharu buli siber yang berlaku di Malaysia termasuklah apabila pelumba dari Jepun, Shinji Nakano menerima tempias ‘tentera bawang’ negara ini selepas terbabit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version