Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Layak Ke Piala Asia Futsal 2026

today24 September 2025

Background
Piala Asia Futsal


Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke Piala Asia Futsal 2026 meskipun tunduk 0-4 kepada gergasi dunia, Iran pada aksi terakhir pusingan kelayakan yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan sebentar tadi.

Kejayaan mara ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta itu hadir selepas Malaysia berada di kedudukan keenam dalam senarai  pasukan tangga kedua.

Ia sekali gus turut menamatkan penantian skuad negara untuk membuat penampilan di pentas Piala Asia dimana kali terakhir Malaysia beraksi dalam edisi 2018 di Chinese Taipei.

Beraksi berdepan lawan yang menghuni ranking kelima dunia, Malaysia jelas berdepan kesukaran terutamanya gerakan-gerakan kreatif dijelmakan pemain Iran.

Hakikat itu dibuktikan dengan jaringan pembukaan lawan menerusi Mehdi Mehdikhani pada minit keempat.

Malaysia yang sesekali cuba memberikan ancaman ke kubu Iran hampir mendapatkan jaringan tetapi percubaan jarak jauh Awalluddin Mat Nawi ketika penjaga gol meninggalkan posisinya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post