Kool FM

Malaysia meterai tiga kerjasama strategik bernilai RM7 juta sempena BIO Asia-Taiwan 2026


PETALING JAYA – Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor bioekonomi serantau menerusi pemeteraian tiga kerjasama strategik bernilai kira-kira RM7 juta pada Forum Kerjasama Serantau Malaysia bersempena BIO Asia–Taiwan 2026 baru-baru ini.

Kerjasama itu melibatkan teknologi serangga, bahan termaju berasaskan biochar dan produk bioteknologi berasaskan sarang burung.

Antara perjanjian yang dimeterai adalah kerjasama bernilai kira-kira RM1 juta antara syarikat Bio-based Accelerator (BBA) dari Sarawak, Fly Technology Agriculture Sdn Bhd (FTA), dengan Monster Biotech Co., Ltd. dari Taiwan.

Perjanjian itu melibatkan pembelian dan pembekalan jangka panjang bahan makanan haiwan berasaskan larva lalat askar hitam (BSF) dan baja bio daripada fras BSF, sekali gus memperluas peluang eksport Malaysia dan memperkukuh kedudukan negara dalam bioteknologi mampan serta pengeluaran protein serangga.

Satu lagi perjanjian bernilai RM1 juta dimeterai antara syarikat BBA, MCHAR Sdn Bhd,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version