Kool FM

Malaysia Naik 7 Anak Tangga Ke 130 Dunia


Malaysia terus memperbaiki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila naik 7 anak tangga dan kini berada di 130 dunia berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 26 Oktober 2023.

Keputusan itu adalah hasil daripada kejayaan skuad Harimau Malaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Chinese Taipei 1-0 ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan ke atas pasukan ranking 97 dunia (Kyrgyzstan) menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan sebanyak 15.49 mata ranking FIFA  dan ia juga adalah kemenangan pertama Harimau Malaya ke atas pasukan 100 terbaik dunia dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Selepas menewaskan Chinese Taipei, Malaysia telah memperolehi tambahan mata sebanyak 10.65 dan sekaligus menjadikan jumlah mata yang dikutip pada bulan ini ialah sebanyak +26.15.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version