Malaysia dijangka akan memulakan prosedur rasmi untuk sertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) dalam masa terdekat, menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami telah mengambil keputusan yang sewajarnya. Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami menunggu keputusan akhir dan maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” kata Anwar dalam satu temu bual bersama Guancha, syarikat penerbitan berpangkalan di Shanghai, China, lapor Berita Harian.
Anwar turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan mengenai pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.
Kumpulan BRICS yang ditubuhkan pada tahun 2006, telah menyaksikan dua gelombang pengembangan sejak penubuhannya.
Pada 2011, Afrika Selatan menyertai ahli asal BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: