Site icon Kool FM

Malaysia Negara Asia Pertama Pamer Replika Lego Ferrari F50

Malaysia Negara Asia Pertama Pamer Replika Lego Ferrari F50


Malaysia menjadi negara Asia pertama mempamerkan replika LEGO Ferrari F50 berskala penuh.

Replika lego itu akan dipamerkan menerusi tarikan terbaharu di LEGOLAND Malaysia — LEGO Ferrari Build & Race mulai 1 November ini.

Baca Juga:

LEGO Ferrari Build & Race ialah tarikan interaktif yang menggabungkan kreativiti pembinaan LEGO dengan semangat dan adrenalin perlumbaan Ferrari.

Di sini, pengunjung berpeluang mereka bentuk serta membina kereta lumba LEGO Ferrari ciptaan sendiri menggunakan bongkah LEGO pelbagai bentuk dan warna.

Selesai membina, kereta tersebut boleh diuji di trek sebenar atau diimbas ke dalam simulasi digital 3D, di mana ia berlumba dalam persekitaran maya yang menyerupai litar perlumbaan profesional.

LEGO Ferrari F50_STORY

Sebanyak 421,652 bongkah LEGO digunakan untuk membina replika kereta tersebut yang seberat 1,603 kilogram. Ia mengambil masa 1,306 jam untuk disiapkan.

Daripada gambar dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version