PETALING JAYA – Pasaran antarabangsa untuk kewangan iklim dianggarkan berjumlah AS$640 bilion (RM2.95 trilion) tahun lepas dan permintaan untuk pengimbangan karbon hutan boleh mengatasi bekalan menjelang 2025, menyebabkan harga karbon meningkat empat kali ganda menjelang tahun 2030.
Berdasarkan maklumat daripada NatWest Markets, nilai pengimbangan pula dijangka mencecah sehingga AS$150 bilion (RM691.5 bilion) menjelang tahun 2050 berbanding AS$125 bilion (RM576.2 bilion).
Pada tahun 2050, semua kerajaan di peringkat global sedang aktif dengan pelbagai langkah ke arah sifar bersih termasuk menangani isu yang berkaitan dengan kelestarian dan pengurusan hutan.
Pengarah Urusan Datametric Research and Information Centre (DARE), Pankaj Kumar berkata, bersandarkan kepada nilai statistik tersebut, terdapat peluang besar bagi industri perkayuan Malaysia untuk berkembang pada masa hadapan, didorong oleh permintaan terhadap karbon hutan.
Menurut beliau, negara juga sudah bersedia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
