Malaysia meraih satu mata pada aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2025/Piala Asia 2027 selepas terikat 1-1 ketika bertemu Republik Krygyz di Dolen Omurzakov Stadium sebentar tadi.
Keputusan yang memberikan sedikit harapan buat skuad negara walaupun tampak sukar menjelang aksi terakhir berdepan Chinese Taipei pada 11 Jun nanti.
Beraksi tanpa beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan tidak menghalang anak buah Kim Pan-gon untuk beraksi baik terutamanya dengan hantaran-hantaran pendek ditampilkan.
Namun, Republik Krygyz yang mendapat sokongan padu peminat mengancam gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi percubaan leret Kairat Zhyrgalbek Uulu tetapi mudah diselamatkan penjaga gol, Azri Ghani.
Malaysia mendapat peluang terbaik pada minit ke-21 untuk mencipta jaringan, namun percubaan Paulo Josue dalam kawasan D hasil gerakan di sebelah kanan pintu gol Krygyz dinafikan Erzhan Tokotaev.
Kem tuan rumah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: