
Malaysia dan Jepun merupakan destinasi kegemaran penduduk Singapura bagi perbelanjaan kad rentas sempadan pada Disember lalu, petik The Straits Times.
Menurut data Visa, pemegang kad mewah Visa, yang lazimnya mempunyai pendapatan tahunan sebanyak USD120,000 (RM474,000) atau lebih, turut berbelanja tiga kali ganda lebih banyak bagi setiap perjalanan berbanding pemegang kad segmen massa, kata syarikat itu pada 5 Februari.
Baca Juga:
“Satu kajian berasingan oleh Visa mendedahkan bahawa hampir enam daripada 10 pengguna di Singapura merancang untuk membuat perbelanjaan besar bagi tujuan perjalanan – mengatasi hartanah, pendidikan, barangan mewah, penjagaan kesihatan dan kenderaan,” kata Pengurus Negara Visa bagi Singapura dan Brunei, Cik Adeline Kim.
Malaysia merupakan destinasi pelancongan utama bagi penduduk Singapura pada Disember, dengan mencatatkan peningkatan perbelanjaan kad rentas sempadan sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: