KUALA LUMPUR – Malaysia kini bersedia untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Asia Pasifik yang diunjurkan bakal mencecah nilai 778 bilion dolar Amerika (AS$) (RM3.5 trilion) menjelang tahun 2027, antaranya menerusi pembangunan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, angka tersebut mewakili kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 19.1 peratus, daripada anggaran nilai pasaran hampir AS$230 bilion (RM1 trilion) pada 2021.
Jelasnya, AHTV ialah satu-satunya kluster automotif di Malaysia akan diiktiraf secara rasmi sebagai hab kenderaan generasi baharu (NxGV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV).
“Kerajaan menawarkan pakej insentif yang menarik, termasuk pengecualian cukai untuk pembangunan tanah, pembuatan bahagian dan komponen serta penubuhan pusat penyelidikan dan institusi pendidikan di sana.
“Kami melihat AHTV sebagai pemacu bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: