Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 dengan kurang meyakinkan selepas terikat 2-2 kepada Kemboja pada aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik Phnom Penh sebentar tadi.
Berdepan tuan rumah yang kini berwajah baharu, Malaysia jelas tidak diberikan laluan mudah pada perlawanan pembukaan ini.
Ia jelas dapat disaksikan dengan penguasaan bola kelihatan cukup seimbang sepanjang perlawanan.
Malaysia berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-35 selepas tandukan terbang dilakukan Stuart Wilkin ketika menerima hantaran lintang Daniel Ting gagal diselamatkan penjaga gol Kemboja, Dara Vireak.
Malaysia mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Endrick diselamatkan Vireak untuk Malaysia memegang kelebihan satu gol pada waktu rehat.
Penyokong tuan rumah melonjak kegembiraan pada minit ke-52 apabila Abdel Kader Coulibaly mudah menolak masuk bola berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan, Jimmy Raymond…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: