Kool FM

Malaysia Semakin Hampir Potong Kedudukan Filipina


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia terus mendaki dalam kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila kini menghuni tangga ke-134 dunia.

Artikel Berkaitan:

Ia bermakna skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah naik dua anak tangga berbanding kedudukan 136 dunia pada 20 Julai lalu.

Kenaikan ranking itu susulan kejayaan Harimau Malaya mengikat dua pasukan kelompok 100 dunia, Syria (2-2) dan China (1-1) dalam aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China pada 6 dan 9 September lalu.

Hasil keputusan tersebut, Malaysia telah mengumpul 1094.9 mata keseluruhan, naik 3.33 mata berbanding 1091.57 mata dalam kemas kini sebelum ini.

Malaysia juga berada di kedudukan ke 24 dalam benua Asia dan keempat dalam kalangan rantau Asia Tenggara di belakang Vietnam (93), Thailand (112) dan Filipina (132).

FOTO: X @HarimauMYstats

Malah, Harimau Malaya berpeluang potong kedudukan ranking Filipina yang hanya dipisahkan dengan 4.39 mata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version