Site icon Kool FM

Malaysia Sia-Siakan Kelebihan Tiga Gol, Tewas 3-4 Ditangan New Zealand

Malaysia


Malaysia gagal mengambil kesempatan memiliki kelebihan tiga gol apabila tunduk 3-4 ditangan New Zealand pada aksi kedua kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2024/25 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kekalahan bertemu juara bertahan itu menyukarkan skuad kendalian Sarjit Singh untuk mara ke separuh akhir.

Baca Juga:

Mereka terpaksa mengharapkan New Zealand dapat menewaskan Pakistan pada aksi terakhir manakala Malaysia sendiri perlu menang besar ke atas Jepun.

Aksi suku pertama berkesudahan terikat tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan memiliki peluang terbaik menerusi tolakan Azrai Aizad Abu Kamal yang terkena tiang ketika penjaga gol sudah tertewas dan percubaan Charlie Morrison pula diselamatkan Hafizuddin Othman.

Gol yang dinantikan skuad negara hadir pada minit ke-18 apabila Akhimullah Anuar Esook dengan tenang menolak masuk bola setelah menerima hantaran lintang Azrai Aizad di sebelah kanan pintu gol New…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version