Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Malaysia Tak Berdaya Hadapi Australia

today27 July 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Skuad wanita muda Malaysia jelas tidak mampu untuk menandingi kehebatan Australia apabila dibelasah 0-8 pada aksi kedua Kejuaraan Wanita Bawah 18 Tahun (B-18) AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Atletik Jakabaring, Indonesia sebentar tadi.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami skuad kendalian Kok Kek Ling yang berada dalam kumpulan B itu selepas mereka tumpas 0-4 ketika bertemu Myamnar, Isnin lalu.

Kekalahan yang sama sekali menamatkan perjalanan skuad negara untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Dilabel sebagai antara pilihan untuk menjuarai kejohanan yang julung kali diadakan itu, Australia berjaya membuka tirai jaringan menerusi Jonti Elizabeth Fisher pada minit ke-17.

Gol itu jelas menyemarakkan lagi semangat juang anak buah Raeanne Dower dimana mereka menambah dua lagi jaringan hasil sumbangan Ella Lourdes Kataryna pada minit ke-36 dan 43.

Malaysia

Kredit Foto:…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Gergasi Merah Gagal Bedal Tok Gajah Di Kuantan

Hasrat Selangor FC (SFC) mahu meneruskan momentum kemenangan tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 0-2 kepada Sri Pahang (SRP) dalam saingan Liga Hasrat Selangor FC (SFC) mahu meneruskan momentum kemenangan tidfak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 0-2 kepada Sri Pahang (SRP) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

today27 July 2022