PUTRAJAYA – Penganjuran Malaysia Techlympics 2022 yang bertujuan memupuk minat orang ramai dalam bidang sains dan teknologi berjaya melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) menerusi kategori ‘Penyertaan Pelajar Terbesar Dalam Pertandingan Sains, Teknologi dan Inovasi’ sempena Malaysia Techlympics 2022.
Pengiktirafan itu diberikan MBR kepada Malaysia Techlympics 2022 selepas berjaya menganjurkan program berkenaan pada tahun lalu dengan pendaftaran seramai 1.03 juta peserta daripada pelbagai latar belakang berusia antara tujuh hingga 30 tahun.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Program Malaysia Techlympics 2022 Peringkat Akhir Kebangsaan yang berlangsung pada November lalu menyaksikan seramai 2,919 peserta seluruh negara bersaing dalam 32 pertandingan dipertandingkan.
“Kejayaan peserta, guru dan belia terlibat dinilai berdasarkan penyertaan terbanyak serta jumlah pingat emas yang berjaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
