Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Tempah Laluan Berliku, Tewas 0-2 Di Tangan Vietnam

today4 November 2024

Background


Malaysia berdepan laluan berliku untuk mara ke separuh akhir Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi kedua yang berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima sebentar tadi.

Berdepan lawan yang berpengalaman beraksi di pentas Piala Dunia Futsal bagaimanapun tidak menggentarkan anak buah Rakphol Sainetngam.

Baca Juga:

Ia jelas dibuktikan dengan corak permainan bertenaga ditampilkan negara dalam usaha untuk merobek gawang Vietnam.

Namun penjaga gol mereka, Pham Van Tu jelas cukup tangkas mengawal gawangnya sepanjang perlawanan sekali gus menggagalkan deretan peluang terbaik dimiliki skuad negara.

Vietnam membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti yang diambil Tu Minh Quang bagi memberikan kelebihan buat skuad kendalian Diego Raul Giustozzi tersebut.

Malaysia Vietnam
Kredit Foto: Dean Hilman

Sepakan itu dihadiahkan pengadil dari Indonesia, Wahyu Wicaksono selepas bola terkena tangan Danial Dain dalam kawasan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post