Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Tempah Laluan Berliku, Tewas Kepada China

today16 January 2024

Background
Malaysia China


Skuad hoki Malaysia menempah laluan berliku dalam aksi pembuka tirai Kelayakan Sukan Olimpik 2024 apabila tewas 2-3 kepada China pada aksi yang berlangsung di Kompleks Hoki Oman, sebentar tadi.

Mahu menamatkan penantian 24 tahun gagal mara ke Sukan Olimpik, anak buah Arul Selvaraj mempamerkan corak permainan pantas sebaik aksi dimulakan.

Ia jelas dibuktikan dengan dua percubaan terbaik dimiliki Azrai Aizad Abu Kamal dan pukulan sudut penalti Firhan Ashari pada tiga minit awal permainan.

Namun penjaga gol China, Wang Caiyu cemerlang dalam menghalang gawangnya daripada dibolosi pada minit kedua dan ketiga.

China turut mendapat peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ketujuh tetapi ia disia-siakan Meng Lei dengan tolakan tersasar.

Jaringan yang ditunggu kem negara hadir pada minit ke-29 apabila tolakan ke hadapan pintu gol China dilakukan Ashran Hamsani membias terkena kayu Mei Ling lalu membolehkan Azrai Aizad menyudahkan peluang terhidang untuk memisahkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Malaysia sengaja pilih jalan sukar

Kuala Lumpur: Pasukan hoki negara memilih jalan sukar dalam usaha mereka untuk layak ke temasya Olimpik Paris apabila tewas 2-3 kepada China pada perlawanan pertama Kumpulan A pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman, sebentar tadi.

today16 January 2024