Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia teruskan momentum pemulihan – Kosmo Digital

today11 March 2022

Background


KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia telah memperlihatkan pelbagai petanda yang mencerminkan potensi memberangsangkan bagi mencapai pemulihan bagi tahun 2022, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Katanya, ia termasuk pemulihan kadar pengangguran kepada paras 4.2 peratus yang dicapai pada Januari lalu, berbanding 5.3 peratus pada dua tahun lalu.

“Selain itu, terdapat minat berterusan oleh pelabur asing yang secara bersih telah melabur RM3.5 bilion dalam pasaran bon tempatan pada Januari, serta RM3.6 bilion dalam pasaran ekuiti sehingga kini.

“Kemasukan Malaysia sebagai ahli Regional Comprehensive Economic Partnership, atau RCEP bermula 18 Mac ini pula dijangka meningkatkan hasil eksport sebanyak RM44 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Inisiatif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Demi Rakyat dan Negara (GRDN) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post