Malaysia mengalami kekalahan pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas tunduk kepada Oman 0-2 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat sebentar tadi.
Berdepan lawan yang berada di ranking ke-80 dunia, barisan pemain negara kelihatan berdepan kesukaran untuk beraksi dengan baik terutamanya pada separuh masa pertama.
Baca Juga:
Skuad kendalian Jaroslav Silhavy itu lebih menguasai permainan dan mencipta beberapa percubaan berbahaya ke kubu Malaysia yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Ia jelas dibuktikan apabila tuan rumah mendapat peluang pada minit ke-10 tetapi Dominic Tan cemerlang menyelamatkan bola dari kawasan bahaya.
Berselang empat minit kemudian, giliran Omar Al-Maliki pula menguji gawang skuad negara tetapi tandukannya dari jarak dekat dinafikan Syihan.
Oman terlepas peluang terbaik ketika aksi memasuki minit ke-22 selepas Issam Al-Subhi berjaya melepasi Syihan ketika Dominic gagal mengeluarkan bola…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
