Site icon Kool FM

Malaysia Tewas Ditangan Sepanyol Menerusi Penalti ‘Shoot-Out’

Malaysia Sepanyol


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia gagal layak ke suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 apabila tunduk 3-4 menerusi penentuan penalti ‘shoot out’ ditangan Sepanyol pada aksi yang berlangsung di Stadium Kalinga, Bhubaneswar sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi situasi tersebut selepas aksi 60 minit permainan berakhir dengan kedudukan 2-2.

Barisan pemain pertahanan Malaysia yang diketuai Razie Rahim dan Najmi Farizal Jazlan jelas mempamerkan disiplin tinggi ketika menyerap tekanan hebat diberikan oleh Sepanyol.

Bagaimanapun penjaga gol skuad negara, Muhammad Hafizuddin Othman kental bertahan untuk menghalang gawangnya daripada dibolosi pada separuh masa pertama (suku pertama dan kedua).

Selain daripada tolakan hasil pukulan sudut penalti oleh Marc Miralles yang dihalang Zulpidaus Mizun, selepas itu Hafizuddin tampil cemerlang dalam menghalang tiga percubaan tepat dimana salah satunya hadir menerusi pukulan sudut penalti.

Serangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version