Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia, Thailand sasar nilai dagangan AS$30 bilion

today4 July 2024

Background


PETALING JAYA – Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) antara Malaysia dan Thailand yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini menetapkan sasaran untuk mencapai nilai perdagangan berjumlah AS$30 bilion  (RM141 bilion) antara kedua-dua negara menjelang tahun 2027.

JTC berkenaan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datul Seri Zafrul Abdul Aziz serta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand, Phumtham Wechayachai.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama berkata, dalam JTC, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas berkaitan perdagangan dan pelaburan yang termasuk kemudahan perdagangan sempadan.

“Ini untuk mencapai, antara lain, sasaran perdagangan sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027, meningkatkan ketersambungan rentas sempadan, memudahkan import dan eksport produk pertanian dan meneroka kerjasama dalam pelbagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post