New Zealand jelas berada di kelas tersendiri selepas menundukkan Malaysia 4-0 pada aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland sebentar tadi.
Berdepan lawan yang menghuni ranking ke-95 dunia dan mempunyai kelebihan fizikal jelas memberikan kesukaran buat anak buah Pau Marti Vicente itu.
Ia jelas dibuktikan apabila pasukan tuan rumah dengan tenang menguasai permainan serta mencipta beberapa peluang terbaik untuk merobek gawang skuad negara.
Permainan di babak pertama menyaksikan penjaga gol skuad negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan barisan pemain pertahanan dikerah untuk bekerja keras bagi menghalang gawang Malaysia daripada dibolosi.
Ahmad Syihan dilihat beberapa kali beraksi cemerlang dalam melindungi gawangnya untuk kedudukan terikat tanpa jaringan pada rehat babak pertama.
Memasuki babak kedua, skuad negara bermula baik dengan tekanan diberikan ke arah pintu gol New Zealand yang dikawal Alex…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: