Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MALB cadang buka 20 outlet baharu The Sanctuary Pusrawi

today28 November 2022

Background


PETALING JAYA – MDC Asia Link Berhad (MALB) mengunjurkan untuk membuka sehingga 20 pusat berpantang yang dikenali sebagai The Sanctuary Pusrawi di sekitar Lembah Klang secara berperingkat mulai tahun ini.

Syarikat akan menjadikan cawangan sulungnya di Hospital Pusrawi, Kota Damansara dekat sini sebagai projek perintis untuk menyediakan perkhidmatan berpantang berkonsepkan lima bintang tetapi berlandaskan kepada patuh syariah.

Pusat berpantang bertaraf premium tetapi ditawarkan pada harga pakej serendah RM4,999 untuk lapan hari tujuh malam itu akan memastikan tahap penja­gaan secara holistik kepada pe­langgan khususnya ibu-ibu yang baru bersalin daripada segi fizikal, emosi dan spiritual.

Selain itu, ia juga dapat memberi ruang dan peluang untuk mereka menikmati masa berkualiti selepas melalui tempoh sukar sepanjang mengan­dung, rasa sakit bersalin serta kini dalam tempoh berpantang.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Aslan Bacho berkata, MALB yang telah melabur kira-kira…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post