Mamat Exist telah didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah pada 2019 yang lalu.
Penyanyi itu mengaku tidak bersalah untuk kedua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Artikel Berkaitan:
Pertuduhan pertama, Mamat Exist didakwa telah memberikan dadah secara berulang kepada diri sendiri.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa telah memberi dadah jenis methamphetamine secara berulang kepada diri sendiri pada pukul 2 pagi, 9 September 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
Mamat juga didakwa telah melakukan kesalahan yang sama pada 2016 dan 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen (15)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Mamat Exist dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.17 gram ketika diperiksa polis di Jalan Camar 1/3, Taman Perling…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: