
Kebanjiran pelarian etnik Rohingya dari Myanmar ke Malaysia kini mula mencetuskan keresahan yang ketara dalam kalangan rakyat tempatan.
Kesabaran masyarakat dilaporkan semakin menipis apabila komuniti pelarian ini dilihat mula mewujudkan koloni-koloni tersendiri dan seakan-akan menguasai kegiatan ekonomi di beberapa kawasan.
Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain, kemarahan rakyat ini tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia terkumpul selama bertahun-tahun akibat pelbagai isu melibatkan pelarian yang tiada penyelesaian jelas daripada pihak berkuasa, petik Harian Metro.
Penguasaan Ekonomi dan Persoalan Sumber Kewangan
Rakyat Malaysia secara umumnya tidak mempertikaikan hak-hak kemanusiaan asas seperti akses kepada pendidikan dan rawatan kesihatan.
Namun, persoalan timbul apabila segelintir pelarian Rohingya ini dilihat mempunyai kemampuan untuk menjalankan perniagaan serta memiliki sumber kewangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: