Site icon Kool FM

Man United Mahukan Randal Kolo Muani, Namun ‘Tak Cukup Budget’ Untuk Bayar


Manchester United dilaporkan sudah menghubungi PSG untuk mendapatkan Randal Kolo Muani.

Tetapi Le10 Sport melaporkan bahawa Man United berdepan masalah tak cukup duit pada akaun perpindahan mereka. Tak cukup duit di sini bukan bermaksud Man United tak ada duit.

Namun akaun FFP yang dibenarkan untuk membeli pemain dikatakan tidak cukup untuk membayar yuran perpindahan pemain tersebut.

Man United menegaskan bahawa adalah mustahil untuk membeli Kolo Muani pada Januari ini, namun mereka sedia meminjam dahulu pemain itu dan membelinya secara tetap selepas tamat musim pinjaman.

Man United perlu mengimbangi akaun FFP mereka yang berada di  paras yang agak kurang sihat untuk musim ini selepas mereka berbelanja besar dalam 3 musim terakhir.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version