
Manchester United mengesahkan bahawa pemecatan Ruben Amorim menyebabkan kelab itu terpaksa menanggung kos hampir £16 juta.
Pengendali dari Portugal itu dipecat pada 5 Januari selepas beliau secara terbuka mengkritik kepimpinan tertinggi kelab susulan keputusan seri 1-1 menentang Leeds sehari sebelumnya.
Menurut sumber BBC, jumlah tersebut didedahkan dalam satu pemfailan kepada Bursa Saham New York pada Khamis, sehari selepas kelab itu mengesahkan mereka mencatat keuntungan sebanyak £32.6 juta dalam keputusan suku kedua berakhir 31 Disember 2025.
Disenaraikan sebagai “peristiwa yang berlaku selepas tempoh pelaporan”, United mengesahkan yuran pelunasan berjumlah £6.3 juta yang berkaitan dengan kos membawa Amorim ke Old Trafford dari Sporting pada November 2024 telah dihapus kira.
Pampasan Tinggi Buat Amorim
Selain itu, satu “peruntukan sebanyak £15.9 juta” akan dibuat, yang mewakili jumlah maksimum yang mungkin perlu dibayar United kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: