Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas berjaya menundukkan juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae sebentar tadi.
Kejayaan ke atas lawan yang berada di ranking ketiga dunia itu menamatkan penantian kemenangan buat Wei Chong dan Kai Wun selepas mereka tunduk kepada Min Hyuk-Seung Jae dalam dua aksi sebelum ini di Terbuka Korea dan Malaysia Masters 2023.
Baca Juga:
Pasangan negara itu bermula baik dimana pada satu ketika hampir mencuri set pertama dengan mendahului 20-16, namun mereka gagal menyerap tekanan hingga membolehkan Min Hyuk dan Seung Jae menang 22-20.
Mendapat tonik berguna diberikan Rexy Mainaky dan Tan Bin Sheng pada rehat set pertama, Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-20 dunia tampil lebih baik.
Mereka meraih kemenangan set kedua 21-16 untuk mengheret aksi ke set penentuan yang menyaksikan kecemerlangan itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: