Manchester City secara rasmi muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 buat kali keempat berturut-turut selepas berpesta gol belasah West Ham United 3-1 di Stadium Etihad.
Ini adalah kejuaraan ke-10 Man City dalam sejarah EPL selepas mengutip 91 mata dalam 38 perlawanan sekaligus menutup peluang Arsenal untuk mengejar mereka.
Baca Juga:
Pesta Man City bermula seawal minit pertama apabila Phil Foden melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol West Ham untuk jaringan pembukaan.
Pada minit ke-18, Foden sekali lagi menjaringkan gol kedua selepas menyudahkan hantaran cantik Jeremy Doku dari sebelah kiri dalam kawasan kotak penalti.
PHIL FODEN 78 SECONDS IN
That’s why he’s the PL POTS 🔥 pic.twitter.com/6SCxtjqtx2
— B/R Football (@brfootball) May 19, 2024
Jaringan itu melonjakkan semangat skuad kendalian Pep Guardiola untuk terus melancarkan serangan bertali-arus ke arah gawang West Ham…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
