Manchester United kalah lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Kali ini skuad bimbingan Ruben Amorim tewas 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers di laman sendiri, Old Trafford.
Ini bermakna United sudah mencatatkan kekalahan ke-15 musim ini di dalam liga, rekod sangat buruk untuk kelab bernama Manchester United.
Kalah lagi selepas cemerlang bangkit di UEL
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-77 menerusi sepakan percuma cantik oleh pemain gantian Pablo Sarabia, hanya dua minit selepas beliau dimasukkan. Dia membuatkan Onana terkapa kapa tidak dapat menyelamatkan bola cantik dilepaskannya.

Itu adalah bolos ke-46 dilepaskan United musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
United, yang baru sahaja mencatat kemenangan dramatik 5-4 ke atas Olympique Lyonnais dalam saingan Liga Europa, kelihatan lesu dan kurang bertenaga.
United dilihat cuba meneruskan semangat dan motivasi daripada aksi dramatik menentang Lyon beberapa hari lalu, namun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: