Kool FM

Manchester United Mahu Bina Stadium Berkapasiti 100,000 Tempat Duduk


Manchester United mahu membina stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk bagi menggantikan Old Trafford menurut laporan BBC Sport.

Rancangan itu akan diumumkan menjelang akhir tahun ini dan projek bernilai 2 bilion pound (RM11.92 bilion) itu dijangka akan siap pada tahun 2030.

Baca Juga:

Ia bakal mengatasi Wembley yang ketika ini adalah stadium terbesar di negara itu, dan akan menjadi stadium kedua terbesar di Eropah selepas Nou Camp yang berkapasiti 105,000 tempat duduk.

Lokasi stadium baharu Manchester United

United belum membuat keputusan berkenaan sama ada mahu membina semula atau menaik taraf Old Trafford, tetapi pemilik bersama, Jim Ratcliffe dikatakan mahu menggantikan stadium berusia 114 tahun itu dengan stadium baharu yang lebih moden.

Menaik taraf Old Trafford akan menjadi sukar kerana menjejaskan laluan kereta api di belakang Sir Bobby Charlton Stand dan terpaksa mengurangkan kapasiti dengan ketara semasa kerja-kerja pembinaan sekaligus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version