
Timbul persoalan dalam kalangan ramai mengenai hukum melewatkan mandi wajib selepas bersama isteri pada malam Ramadan sehingga selepas azan Subuh.
Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Mandi Junub, Ikut Turutan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak


Memetik dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam yang melewatkan mandi wajib selepas bersama dengan isteri pada malam Ramadan sehingga terbit fajar tidak membatalkan puasa menurut pandangan majoriti ulama.
Pun begitu, perlu tahu perbuatan melewatkan mandi wajib adalah sehingga selepas azan Subuh adalah makruh.
Ulama menegaskan bahawa sunat bersegera mandi wajib sebelum terbit fajar bagi memastikan ibadah puasa dilaksanakan dalam keadaan suci.
Dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:
أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى اللّه عليه وسلم -كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: