
Kacang bendi atau okra mempunyai pelbagai nutrisi penting seperti vitamin, mineral dan asid folik yang membantu menyokong kesihatan ibu serta perkembangan bayi sepanjang kehamilan.
Manfaat Utama Kacang Bendi Untuk Ibu Hamil


Menguatkan sistem imun: Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko jangkitan dan menyokong pembentukan sel darah putih. Ia turut memberi manfaat kepada kesihatan kulit dan tulang bayi.
Menyokong perkembangan janin: Bendi menjadi sumber asid folik semula jadi yang penting untuk mengelakkan kecacatan otak dan saraf bayi. Pengambilan folat yang mencukupi juga membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
Melegakan sembelit dan buasir: Tekstur lendir pada bendi membantu melancarkan sistem pencernaan, sekali gus mengurangkan masalah sembelit dan buasir yang sering dialami wanita hamil.
Sumber antioksida yang tinggi: Bendi mengandungi carotenoids, vitamin C dan E serta sebatian fenolik yang membantu melindungi sel tubuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: