PETALING JAYA – Manfaat berpotensi daripada industri halal yang kekal berdaya tahan dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi global perlu diteroka dan digunakan oleh semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, ketika pandemik Covid-19 memberi impak hebat kepada kemerosotan ekonomi global, muncul persoalan mengenai keperluan kecukupan kendiri dalam pengeluaran produk halal kritikal termasuk produk berteraskan farmaseutikal, alat perubatan dan makanan.
“Industri halal berteraskan makanan dan minuman sahaja dianggarkan bernilai dolar Amerika (AS$) 2.1 trilion (RM8.72 trilion), sementara industri dosmetik dan farmaseutikal halal secara kolektif bernilai AS$136 bilion (RM564.74 bilion).
“Oleh itu, terdapat banyak peluang dalam industri halal ini bukan hanya dari segi perniagaan tetapi yang lebih penting, memenuhi keperluan sesebuah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama Persidangan Halal Sedunia, WHBC 2021 secara maya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
