Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Mohamad Nasir Kareem, berkata dua pasukan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) dianggotai 12 pegawai dan kakitangan akan digerakkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) bagi membantu mangsa.
Beliau berkata, pasukan itu akan membantu mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri untuk membuat laporan dan permohonan gantian dokumen baharu di PPS.
“Pegawai dan kakitangan JPN negeri sudah diminta bersiap siaga untuk digerakkan ke PPS dengan membawa peralatan lengkap untuk menyediakan permohonan dokumen gantian.
“Walaupun pihak berkuasa sentiasa mengingatkan orang ramai agar menyimpan dokumen di tempat yang selamat, tetapi kehilangan dokumen berlaku di luar jangka,” katanya kepada media.
Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, kebanyakan mangsa banjir mengakui sudah menyimpan dokumen penting termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran di tempat yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: