Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dalam hantaran menerusi Instagram Story yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan ‘Pak Lah’, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
